Tuesday, January 5, 2010

‘TARBIYAH’ PEPERIKSAAN


Sebagai seorang pelajar dalam pengkhususan Fiqh Wa Usuluhu , saya akan menduduki final exam  bermula pada tanggal 10 Januari ini untuk subjek ulum quran dan akan diikuti oleh subjek-subjek lain selepas itu…Post kali ini ditulis untuk melonjakkan semagat saya untuk terus menuntut ilmu dan mungkin menyatakan beberapa pendirian saya tentang peperiksaan.

              
  Ada pelbagai respon ataupun gambaran sama ada dalam keadaan minda sedar atau separa sedar apabila perkataan’exam’ dilontarkan.. Oleh kerana suasana peperikasaan sudah dialami sejak kecil lagi semenjak di bangku sekolah tadika, peperiksaan telah menatijahkan satu sistem kepercayaan kepada seseorang. Ada yang memandangkan peperiksaan sebagai tujuan terbesar mereka dalam menuntut ilmu kerana dengan mendapat result yang gempak seseorang itu akan lebih cerah masa depannya.. Ada pula yang sudah lali dengan peperiksaan kerana sudah acap kali menduduki peperikaan dan penat melakukan preparation untuk peperiksaan…


Saya dan Peperiksaan
                Saya bukanlah pelajar yang cemerlang seperti pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Ketika usai mendapat result SPM yang agak mengejutkan beberapa ahli keluarga saya kerana saya berjaya membuat record A terbanyak di kalangan adik beradik saya , saya terfikir adakah result ini menunjukkan kadar sebenar ilmu saya atau sebaliknya.  Mungkin ini adalah kesan dari pemerhatian  saya bahawa bukan semua orang hebat dan cemerlang dalam kehidupan lahir daripada orang yang sangat cerdik di bangku sekolah dan di tempat pengajiannya…  Tambahan pula , kebanyakan ilmu yang dipelajari dan dikuasai oleh pelajar-plajar yang cemerlang semakin malap penguasaannya ketika cukup selepas beberapa bulan meninggalkan sekolah… Segala-galanya disini memberi pengajaran kepada saya supaya JANGAN MENUNTUT ILMU SEMATA-MATA UNTUK PEPERIKSAAN….

Namun begitu, adakah menjadi satu kesalahan bagi seorang pelajar apabila belajar  when examinations are around the corner?   Saya ingin berkongsi bersama dengan para pembaca budiman tentang isu ini.

                Bagi saya , kita mesti menjadikan musim peperiksaan sebagai satu tarbiyah bagi kita semua. Kerana apa? Kerana apabila tiba musim peperiksaan , seseorang akan mendapat tekanan untuk belajar , menyebabkan kita membaiki cara kita membahagikan masa dan mendorong kita menghampiri ALLAH secara berterusan dalam tempoh 2 minggu atau sebagainya , segala perubahan itu mungkin boleh melekat pada diri kita selepas tamat peperiksaan…

                Memang benar bahawa perubahan dari dalam ke luar( inside out) lebih berkesan daripada perubahan luar ke dalam ( outside in) , oleh sebab itu bagi pendapat saya tarbiyah peperiksaan ini perlu didasari oleh niat yang benar-benar tulus. Sama seperti bulan Ramadhan  dan 10 hari di awal bulan dzulhijjah yang dijadikan musim ibadah yang menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda yang diharapkan agar produk insan yang  bertaqwa akan terhasil dari musim tersebut akan benar-benar tercapai  hasil taqwa itu jika yang benar-benar ingin direbut ialah TAQWA. Mungkin ada sahaja yang hanya menjadikan musim ibadah tersebut sekadar peluang membuat kebaikan agar dia dapat melakukan kejahatan dan kemungkaran selepas itu atau takut dipandang buruk oleh orang lain kerana tidak menghidupkan hari-hari tersebut dengan ibadah. Perbezaan mereka adalah NIAT…

                Sebagai seorang muslim kita diajar untuk melakukan segala-galanya kerana Allah dan sungguh indahnya Islam apabila segala perbuatan kita walaupun kecil dan berbentuk keduniaan akan dikira sebagai amal soleh jika disetai niat yang ikhlas dan cara yang bertepatan dengan syariah. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap individu muslim  bagi ilmu fardhu ain  .Oleh sebab itu, kita sebagai seorang pelajar sedang melaksanakan perintah ALLAH dalam mendalami ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang pelbagai itu. Lihat bagaimana ALLAH menggesa umat islam supaya ada dikalangan mereka yang melaksanakan tuntutan tafaqquh fiddin yang merupakan tuntutan fardhu kifayah walaupun dalam suasana perang:
  
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).(Surah At-Taubah:122)

Adakah kita boleh bermain-main dalam suasana peperangan ? Begitulah juga sepatutnya seorang penuntut ilmu(muhasabah untuk diri saya yang sering alpa)… Marilah kita jadikan musim peperiksaan sebagai peluang untuk untuk mentarbiyah diri membentuk tabiat yang baik dan menghampirkan diri kepada ALLAH.. Wahai pembaca yang budiman , jika anda adalah seorang penuntut ilmu dalam bidang agama ketahuilah sungguh banyak tanggungjawab kita dalam menguasai perkara-perkara penting dalam pengajian kita… Pagi tadi saya menonton satu video youtube yang dihantar oleh ukhti Siti Mariah dalam yahoo group , sayu hati apabila disentak oleh seorang muslimah yang asalnya bukan beragama islam mengatakan kenapa dahulu tiada yang ingin mengajak beliau memeluk islam... http://www.youtube.com/watch?v=1DCkM_6F3-Q
              
 Musim peperiksaan juga perlu dijadikan peluang untuk mengkhatamkan  dan memahami segala yang dipelajari sebagai kunci untuk meluaskan kajian kita dalam bidang yang sedang dipelajari. Pembaca yang budiman , semua orang diciptakan hebat oleh ALLAH. Sebagi contoh jika dilihat kepada penciptaan otak manusia , pakar neorologi mengatakan bahawa jika ingin menandingi kuasa otak , sebuah computer itu perlulah sebesar empat buah padang bola dan setinggi tugu Statue of Libertry. Banyak contoh kehebatan ALLAH dalam penciptaan manusia yang sepatutnya menjadikan manusia bersyukur dan menjadikan segala nikmat ALLAH untuk berkhidmat untuk ALLAH.




 Selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

                Ketika kita akan menghadapi satu exam yang pasti di akhirat kelak, adakah kita benar-benar akan dapat menjawab segala soalan dengan baik disana nanti . Oleh sebab itu , saya mengajak diri saya agar sentiasa menjadikan segala yang kita hadapi di dunia sebagai tarbiyah(latihan) dan bekalan di kemudian hari. Dalam tulisan ringkas ini saya tidak sempat untuk menyelitkan bagaimana hebatnya para sarjana Islam menggunakan masa mereka untuk beribadah dan menuntut ilmu. Mungkin para bembaca sekalian boleh merujuk buku Qimatuzzaman ‘inda Al-‘Ulama’ yang dikarang oleh Sheikh Abdul Fattah Abdul Ghuddah.  Selamat menghadapi TABIYAH PEPERIKSAAN kepada semua…(Moga-moga saya dapat amalkan apa yang saya ungkapkan.. AMEEN)


Sunday, January 3, 2010

Pengenalan diri

Assalamualaikum kepada para pembaca yang budiman .....
 Bersyukur kehadrat Ilahi yang sentiasa melaksanakan hak hamba-hambanya , moga-moga hambanya ini mampu melaksanakan hak tuhannya dengan sempurna... Terima kasih tidak terhingga kepada ahli Darul Muttaqin terutamanya abang Ihsan yang telah membantu penulis mendirikan blog ini , moga-moga anda semua tergolong dalam golongan muttaqin...
Saya Ahmad Firdaus bin Kadir yang sedang cuba belajar-belajar untuk bertatih dalam bidang penulisan ..  Saya dilahirkan di Sungai Petani , Kedah pada tanggal 22 September 1988 oleh bonda tercinta Khatim binti Sh Abdullah   hasil perkongsian hidup bersama ayahanda saya  Kadir bin Rashid , 2 insan yang sentiasa mendidik dan meluruskan saya hingga ke saat ini demi melihat anak mereka ini menjadi orang yang berguna.  Kemudian membesar di Batu Pahat dibawah asuhan baba(nenek) dan Umi Gamar( mak cik)  serta Umi Jiah. Manja dengan panggilan Idos di rumah sampai  la sekarang( saya pun tak tau macamana saya boleh gelar diri saya Idos)...Latar belakang pendidikan saya:
- Sekolah Kebangsaan Bukit Soga
- Sekolah kebangsaan Parit Bilal
- Sekolah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said
- Kolej Islam Sultan Alam Shah
- Darul Quran JAKIM
- dan kini pelajar sanfur(tahun satu) Yarmouk University...

Saya mungkin bukan seorang yang profilik dalam bidang penulisan tetapi saya memohon kekuatan dari Allah moga-moga saya mampu melakukan kebajikan melalui penulisan saya... Tak lupa penghargaan kepada warga rumah saya di Irbid terutama Abg Shuk yang sentiasa memotivasi saya untuk membuka blog ini...Banyak yang ingin dikongsikan pengalaman-pengalaman baru  di bumi Sham ini, tetapi untuk permulaan cukuplah untuk saya link kan dua laman web yang menunjukkan aktiviti kami di sini.... http://www.baytdarussalam.blogspot.com/  dan http://www.youtube.com/user/omahbujang
Mohon tunjuk ajar dari semua...